TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pengumuman berkaitan penganjuran F1 di Malaysia akan dibuat esok - PM

By
|
Kongsi
image

BUKIT MERTAJAM 25 JULAI - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa  pengumuman berkaitan kemungkinan penganjuran Formula Satu (F1) di Malaysia akan dibuat esok.

Dalam kenyataan ringkasnya kepada media, beliau bagaimanapun tidak memperincikan  bentuk pengumuman tersebut.

"Itu kita akan umumkan Ahad nanti, okey," katanya.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan  perlumbaan F1 kembali ke Litar  Antabangsa Sepang (SIC).

Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Tahir Jalaluddin di Bukit Mertajam pada Sabtu.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari dilaporkan berkata, kementeriannya sedang mengadakan perbincangan serta menilai kemungkinan perlumbaan F1 kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Katanya, langkah itu dibuat berikutan susulan maklumat awal yang menunjukkan Malaysia berpotensi menjadi tuan rumah perlumbaan gantian sekiranya Grand Prix Bahrain tidak dapat diteruskan.

Ujarnya lagi, Perdana Menteri  dan kementeriannya  telah menerima maklumat awal berkaitan perkara tersebut dan pengumuman mengenainya akan dibuat sebaik sahaja keputusan dimuktamadkan.

Malaysia kali terakhir menjadi tuan rumah Grand Prix F1 pada 2017. 

Bagaimanapun, SIC masih tersenarai sebagai litar yang memiliki lesen Gred 1 daripada Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), sekali gus memenuhi syarat untuk menganjurkan perlumbaan F1.

+ - reset