Berita Berita
Pelajar dibuli, 3 rakan sekolah disiasat
KUALA LUMPUR 25 JULAI - Polis menyiasat kes rusuhan dan buli membabitkan seorang pelajar lelaki yang dipercayai dipukul tiga pelajar lain di kawasan tangga Blok F, Flat Sri Nilam Ampang, Ampang Jaya
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya mengesan satu hantaran video kejadian yang tular di aplikasi Facebook hari ini.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 24 Julai kira-kira jam 12.31 tengah hari selepas mangsa yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di Bandar Baru Ampang dibawa oleh seorang pelajar lelaki ke lokasi kejadian.
“Semasa pengadu berada di Sekolah Menengah Bandar Baru Ampang, pengadu telah dibawa oleh seorang pelajar lelaki ke bawah tangga Blok F, Flat Sri Nilam Ampang.
“Setelah sampai, pengadu telah dipukul oleh tiga pelajar lelaki di kawasan tangga Blok F, Flat Sri Nilam Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairul Anuar berkata, siasatan mendapati suspek bertindak menampar muka serta menendang badan mangsa, manakala kejadian itu dirakam seorang lagi pelajar lelaki sebelum disebarkan dalam kumpulan WhatsApp.
“Motif kejadian kerana menganggu teman wanita salah seorang suspek,” katanya.
Beliau berkata, kesemua suspek dan mangsa yang berusia bawah 18 tahun dipercayai bersekolah di sekolah sama.
Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 507B Kanun Keseksaan.
Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali manakala Seksyen 507B Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Berita berkaitan
July 25, 2026, 8:43 pm
Keadaan Najib stabil, tidak perlu pasang 'stent'
July 25, 2026, 3:04 pm
Pengumuman berkaitan penganjuran F1 di Malaysia akan dibuat esok - PM
July 25, 2026, 9:40 am
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:11 am
Anwar seru masyarakat India Muslim terus jadi jambatan perpaduan negara
July 25, 2026, 8:39 am
Dua pelajar perempuan masih lengkap berpakaian 'PJ' ditemukan maut di flat kosong di Ipoh
July 25, 2026, 7:54 am
Sokong usaha MUKMIN, Anwar umum dana RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim
July 24, 2026, 10:51 pm
