TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Ekonomi

PETRONAS catat hasil RM152.4 bilion bagi separuh pertama 2026

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 30 Okt. – Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mencatatkan hasil RM152.4 bilion bagi separuh pertama 2026, didorong oleh peningkatan pengeluaran domestik serta jumlah jualan gas asli cecair (LNG).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan bahawa prestasi berkenaan turut disokong oleh penjualan gas diproses berikutan kenaikan harga realisasi purata akibat krisis geopolitik di Asia Barat.

Beliau menjelaskan perkara terbabit dalam jawapan bertulis di portal Parlimen hari ini bagi menjawab soalan Datuk Ewon Benedick (GRS-Penampang) berhubung pendapatan jualan minyak PETRONAS dan sumbangannya kepada kerajaan.

Walau bagaimanapun, syarikat minyak nasional terbabit turut berdepan peningkatan kos jualan susulan kenaikan kos import dan pemprosesan minyak mentah demi memastikan ketersediaan bekalan serta kelestarian tenaga negara.

Azalina turut menambah bahawa PETRONAS telah melaksanakan lebih 1,000 inisiatif tanggungjawab sosial korporat bernilai tinggi antara tahun 2020 hingga tahun lalu dengan kerjasama pelbagai agensi tempatan bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset