TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Bawa pekerja islam masuk gereja, tindakan majikan cetus pertikaian ramai

By
|
Kongsi
image

JAKARTA 5 OGOS – Satu perkongsian di media sosial tindakan seorang majikan membawa pekerjanya yang beragama Islam menghadiri majlis keagamaan di sebuah gereja tempatan mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warganet di Indonesia

Kejadian yang dipercayai berlaku di Indonesia itu bermula apabila majikan berkenaan memuat naik kisah pengalaman pekerjanya sewaktu menghadiri perkhidmatan Sunday Mass. 

Menurut hantaran tersebut, majikan berkenaan menjelaskan bahawa pekerja lelaki itu merupakan seorang Muslim yang pernah hidup gelandangan sebelum dibantu dan dianggap seperti adik sendiri.

Dalam perkongsian itu, majikan tersebut menegaskan bahawa tiada sebarang unsur paksaan atau percubaan untuk menukar agama pekerjanya. 

Kehadiran pekerjanya ke gereja adalah atas kerelaan sendiri untuk mengisi masa lapang selepas waktu kerja, selain faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

"Saya tidak pernah memaksa sesiapa. Dia dah macam adik dan rakan baik kepada saya. Hujan turun di luar, jadi daripada duduk basah kuyup di taman gereja, saya minta dia masuk dan duduk tanpa perlu bersembahyang," kata majikan berkenaan dalam hantarannya.

Meskipun majikan berkenaan tampil memberikan penjelasan panjang lebar bagi menepis andaian negatif, perkongsian tersebut tetap menerima kritikan daripada pelbagai pihak di ruang komen, termasuk komuniti penganut Kristian sendiri.

"Sebagai seorang Katolik: mengapa perlu memaksa seorang Muslim untuk pergi ke gereja dan menghadiri Misa? Perkara itu bertentangan dengan kepercayaan mereka," komen seorang pengguna media sosial, bprabawabr.

Seorang lagi warganet turut menyuarakan nada ragu-ragu terhadap penjelasan yang diberikan oleh majikan tersebut.

"Daripada kata-kata anda sendiri, ia lebih kedengaran seolah-olah memaksa dia menghadiri gereja walaupun anda tahu dia seorang Muslim," kata pengguna akaun sunflowerzzz_black.

Sementara itu, pengguna bernama ninatommy turut menekankan kepentingan menjaga batasan keagamaan dan prinsip saling menghormati antara satu sama lain.

"Ini tidak boleh diterima. Pegangan agama adalah pilihan peribadi dan tiada siapa yang patut dipaksa memasuki gereja, masjid, kuil atau mana-mana rumah ibadat bertentangan dengan kehendak mereka. Rasa hormat mesti wujud dari kedua-dua belah pihak," tegasnya.

+ - reset