Berita Dunia
Remaja 15 tahun ditahan susulan insiden tembakan di 'food fest'
WASHINGTON 28 JULAI - Seorang suspek berusia 15 tahun ditahan selepas tiga individu maut manakala empat yang lain cedera dalam insiden tembakan pada festival makanan tahunan Bite of Seattle berhampiran Space Needle di Seattle, Washington, Amerika Syarikat (AS), menurut pihak berkuasa pada Isnin, lapor Xinhua.
Datuk Bandar Seattle Katie Wilson berkata polis menahan suspek berkenaan, yang dimasukkan ke pusat tahanan juvana bagi siasatan berhubung serangan darjah pertama dan pelanggaran undang-undang senjata api.
Suspek dijadualkan hadir ke mahkamah buat kali pertama pada petang Isnin.
Polis masih memburu seorang lagi suspek.
Menurut Jabatan Polis Seattle, penyiasat percaya kedua-dua suspek berbalas tembakan di luar Seattle Centre Armory sejurus selepas 6 petang waktu tempatan pada Ahad.
Insiden tembakan itu berlaku ketika festival makanan selama tiga hari berkenaan berlangsung dan menarik kehadiran orang ramai dalam jumlah besar.
Polis memaklumkan tiada ancaman berterusan terhadap orang awam.
Dua mangsa maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia kemudian di hospital. Empat individu lain cedera termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, menurut pihak berkuasa.
Motif kejadian masih dalam siasatan.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
