Berita Dunia
Kera ekor panjang mengamuk, hampir 20 mangsa cedera parah akibat serangan
TEMBILAHAN 6 OGOS – Polis Daerah Indragiri Hilir bersama Kerajaan Daerah Inhil dan Balai Pemuliharaan Sumber Daya Alam (BKSDA) Wilayah Riau bekerjasama bagi memperketat penanganan ancaman kera ekor panjang yang semakin berleluasa dan meresahkan penduduk di Daerah Tembilahan serta Tembilahan Hilir.
Langkah bersepadu tersebut dibincangkan dalam satu mesyuarat koordinasi dan pengumpulan data yang diadakan di Pejabat Lurah Tembilahan Kota.
Sesi berkenaan dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Indragiri Hilir, AKBP Donny Eko Listianto, wakil BKSDA Wilayah Riau, Bambang S., Camat Tembilahan, Ary Syuria, serta barisan pegawai polis dan pentadbir tempatan.
Dalam pembentangannya, AKBP Donny Eko Listianto memaklumkan bahawa sebanyak 18 laporan serangan kera ekor panjang telah direkodkan sejak 23 Julai hingga 5 Ogos.
Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan akibat gigitan dan luka akibat dicakar pada bahagian kepala, tangan, kaki, belakang badan serta pinggul, dengan sebahagian daripada mereka terpaksa menjalani rawatan seperti jahitan dan pembedahan.
Beliau menjelaskan bahawa serangan berlaku secara rawak sama ada di dalam mahupun luar rumah sewaktu mangsa sedang tidur, makan atau bermain.
Berdasarkan pemantauan pihak polis, waktu serangan paling kerap dikesan berlaku sekitar jam 8.00 pagi, 9.00 pagi, 1.00 tengah hari dan lewat petang pukul 5.00 petang.
Hasil mesyuarat tersebut memutuskan bahawa BKSDA Wilayah Riau akan mengetuai operasi mengenal pasti, memasang perangkap dan memindahkan haiwan berkenaan, manakala pihak polis bersama tentera dan agensi berkaitan akan meneruskan kawalan keselamatan serta rondaan bagi mengelakkan pertambahan mangsa.
Pentadbiran tempatan turut meminta orang ramai untuk segera melaporkan kepada petugas sekiranya mengesan keberadaan haiwan liar tersebut agar aktiviti harian penduduk dapat kembali pulih seperti biasa.
Berita berkaitan
August 6, 2026, 10:14 am
Lelaki Malaysia ditahan seludup ganja, syabu RM1.2 juta di Woodlands
August 5, 2026, 4:09 pm
Bawa pekerja islam masuk gereja, tindakan majikan cetus pertikaian ramai
August 4, 2026, 6:07 pm
Ibu ikan lumba-lumba sedih usung bangkai anak ditemani kawan-kawan
July 31, 2026, 2:32 pm
Juruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta, cuba seludup 26kg dadah
July 31, 2026, 11:25 am
Kerajaan Sepanyol arah tentera kawal ratusan migran berenang dari Maghribi ke Ceuta
July 30, 2026, 11:53 am
CCTV rakam kucing kesan gempa bumi lebih awal di Jepun
July 29, 2026, 5:54 pm
Ahli politik Kanada dikecam lepas baca arahan AI masa sidang dewan
July 28, 2026, 6:23 pm
Nyaris dibawa arus, aksi 'heroic' pengawal pantai selamatkan nyawa kanak-kanak dipuji ramai
July 28, 2026, 3:47 pm
