Berita Dunia
Nyaris dibawa arus, aksi 'heroic' pengawal pantai selamatkan nyawa kanak-kanak dipuji ramai
CALIFORNIA 28 JULAI - Sebuah rakaman video tular memaparkan detik cemas tindakan berani seorang pengawal pantai meredah ombak demi menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang hampir lemas di Pantai Seabright, Santa Cruz baru-baru ini.
Menurut saksi kejadian yang juga perakam video berkenaan, Scott Vander Dussen, mangsa yang dipercayai berusia 10 tahun itu dilihat bergelut selepas dihentam ombak besar.
Melihat keadaan cemas itu, seorang pengawal pantai berusia 16 tahun terus berlari ke laut, memeluk mangsa dan cuba menariknya kembali ke pesisir pantai biarpun berkali-kali dipukul badai.
Beberapa pengunjung pantai lain turut cuba menghulurkan bantuan sebelum seorang lagi pengawal pantai berenang meredah gelombang untuk membantu.
Dussen menceritakan keadaan laut pada awalnya kelihatan tenang dengan kadar ombak yang biasa, namun suasana berubah menjadi huru-hara dalam sekelip mata sehingga mengejutkan ramai pengunjung.
Beliau menegaskan bahawa jika bukan kerana keberanian dan kecekapan pengawal pantai di lokasi, kanak-kanak berkenaan mungkin tidak akan pulang ke rumah.
Mangsa disahkan berada dalam keadaan stabil selepas diperiksa oleh pegawai perubatan di lokasi sebelum dibenarkan pulang bersama ibu bapanya.
Meskipun pihak berkuasa tempatan tidak mengulas lanjut mengenai latihan khusus anggota yang terlibat, setiap pengawal pantai di Santa Cruz diwajibkan menjalani latihan ketat yang merangkumi sekurang-kurangnya 56 jam latihan menyelamat, 24 jam latihan persijilan perubatan, serta lebih 80 jam latihan keselamatan maritim.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
