Berita Dunia
CCTV rakam kucing kesan gempa bumi lebih awal di Jepun
TOKYO 30 JULAI — Tindakan luar biasa beberapa ekor kucing yang secara tiba-tiba bangun dan berwaspada beberapa saat sebelum gegaran berlaku tular dalam kejadian gempa bumi kuat yang melanda Pulau Kyushu, Jepun, baru-baru ini.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup bertarikh 28 Julai di Beppu, kucing-kucing berkenaan dilihat menegakkan telinga dan memandang sekeliling secara tiba-tiba sebelum kawasan itu mula bergoncang.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), haiwan mempunyai deria lebih sensitif yang membolehkan mereka mengesan gelombang P beberapa saat sebelum gelombang S yang lebih kuat dirasai manusia, walaupun belum ada bukti saintifik konsisten menunjukkan haiwan mampu meramalkan bencana gempa bumi lebih awal.
Dalam pada itu, bencana gempa bumi berukuran 7.1 skala Richter berkenaan telah mengakibatkan kemusnahan meluas di bahagian barat daya Jepun.
Sekurang-kurangnya 23 orang dikhuatiri maut, dengan Pejabat Pengurusan Bencana Kumamoto mengesahkan 17 mangsa meninggal dunia, manakala enam lagi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda hidup.
Dua hari selepas bencana melanda, ratusan anggota penyelamat masih bertungkus-lumus meredah timbunan besi dan serpihan bangunan bagi mengesan mangsa yang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan pusat beli-belah Aeon di Kashima, wilayah Kumamoto.
Premis berkenaan dilapor musnah dipercayai akibat letupan gas besar kira-kira 50 minit selepas dikosongkan, yang mana 10 mangsa telah dikeluarkan setakat ini termasuk empat disahkan maut dan lima mengalami kecederaan parah.
Tragedi berasingan di bandar Yatsushiro turut meragut lima nyawa dan menyebabkan empat lagi hilang selepas sebahagian cerobong kilang milik Nippon Paper Industries runtuh.
Bencana ini turut melumpuhkan infrastruktur asas apabila lebih 22,000 isi rumah terputus bekalan elektrik dan kira-kira 84,000 kediaman terjejas bekalan air bersih, hingga memaksa penduduk beratur panjang untuk mendapatkan barang keperluan serta bahan api.
Usaha menyelamat kini berdepan cabaran sukar berikutan ancaman gempa susulan yang berterusan serta cuaca panas ekstrem mencecah 35 darjah Celsius yang mencetuskan amaran strok haba di rantau berkenaan.
Berita berkaitan
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:38 am
Warga emas tolak, tampar budak lepas gaduh dengan cucu
August 27, 2026, 10:16 am
