Berita Hiburan
"Semua ketentuan Allah" — Ismahalil reda dipenjara 30 tahun, video pesanan terakhir tular
KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Pengasas serta penyampai radio internet Bapakku FM, Ismahalil Hamzah meluahkan rasa reda dan menyifatkan keputusan hukuman penjara 30 tahun yang dikenakan ke atasnya atas kesalahan mengedar dadah sebagai ketentuan Allah.
Perkara itu disampaikan menerusi satu rakaman video pendek berdurasi seminit 15 saat yang dikongsikan oleh isterinya, Nor Haslinda Abdul Manaf kepada ahli kumpulan WhatsApp rakan-rakan Bapakku FM.
Dalam video berkenaan, Ismahalil, 53, kelihatan begitu tenang sambil memeluk isterinya dan diiringi anak mereka, Isma Hakim, ketika menyampaikan ucapan penghargaan serta pesanan terakhir sebelum memulakan hukuman.
"Alhamdulillah... Allah bagi keputusan macam ini. Insya-Allah, terima kasih semua kawan-kawan. Kepada anak-anak ayah, doakan ayah... ini bahagian ayah. Demi Allah saya tak ada nak menyalahkan siapa-siapa, semua ketentuan Allah," katanya dalam keadaan suasana sebak.
Beliau turut sempat berpesan kepada anaknya supaya menjaga ibu mereka dengan baik, selain menyerahkan keputusan mengenai kelangsungan operasi Warung Bapakku FM di Gombak kepada rakan-rakannya sama ada mahu diteruskan atau ditutup jika tidak mampu.
Terdahulu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Noorin Badaruddin bersama Datuk Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashim Abdul Hamid sebulat suara mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya sebelum ini.
Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun terhadap Ismahalil yang berkuat kuasa bermula hari ini atas kesalahan mengedar dadah yang berlaku pada September 2021.
Berita berkaitan
July 30, 2026, 3:02 pm
Pempengaruh kongsi Rohingya halau keluar Malaysia, dedah cara dapat bekalan perniagaan
July 27, 2026, 2:56 pm
'Macam mana info peribadi saya awak boleh tahu?',Fattah Amin berang fitnah melampau
July 20, 2026, 6:10 pm
Bella Astillah, Syed Saddiq timba nasihat rumah tangga daripada Tun M
July 3, 2026, 4:19 pm
Filem 'The Keris' angkat semula legasi Hang Tuah di pawagam
July 3, 2026, 3:12 pm
Safwan Nazri rugi RM400,000, jadi mangsa 'scam' kontraktor kawan baik
July 2, 2026, 7:52 pm
