Berita Hiburan
Syed Saddiq, Bella Astillah jumpa Dr. Wan Azizah minta nasihat alam rumah tangga
KUALA LUMPUR, 15 September – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama tunangnya, Bella Astillah meluangkan masa hampir dua jam mengadakan pertemuan bersama isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi mendapatkan nasihat serta pandangan berkaitan persediaan melangkah ke alam rumah tangga.
Syed Saddiq menerusi hantaran di platform Threads menganggap Dr. Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sebagai figura paling selayaknya memberi nasihat berhubung nilai kesetiaan dan pengorbanan berasaskan pengalaman ketabahan beliau mendepani pelbagai cabaran di sisi Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mantan Menteri Belia dan Sukan itu turut menyifatkan mantan Timbalan Perdana Menteri berkenaan sebagai Malaysia's Compassionate Iron Lady yang kekal teguh mengimbangi peranan penting dalam arena politik tanah air serta tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.
Selain meluahkan rasa teruja kerana dapat berkongsi detik keperibadian bersama tokoh wanita berkenaan, kunjungan mesra Syed Saddiq dan Bella itu juga bertujuan menyerahkan secara rasmi kad jemputan perkahwinan mereka kepada Dr. Wan Azizah.
Pasangan berkenaan yang mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu disahkan bakal disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis pernikahan bertemakan konsep putih dan sentuhan elemen Islamik di Menara Merdeka Maybank pada 10 Oktober depan.
Berita berkaitan
August 29, 2026, 11:01 am
Penyanyi kumpulan rock BPR, Joey meninggal dunia pada usia 63 tahun
August 26, 2026, 12:57 pm
Ayda Jebat terima bintang cemerlang Melaka
August 16, 2026, 9:10 am
‘Tiwikarma’ curi perhatian, K.O.I juara AJL40
August 7, 2026, 5:37 pm
"Semua ketentuan Allah" — Ismahalil reda dipenjara 30 tahun, video pesanan terakhir tular
July 30, 2026, 3:02 pm
Pempengaruh kongsi Rohingya halau keluar Malaysia, dedah cara dapat bekalan perniagaan
July 27, 2026, 2:56 pm
'Macam mana info peribadi saya awak boleh tahu?',Fattah Amin berang fitnah melampau
July 20, 2026, 6:10 pm
