TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Hiburan

'Kalau mama sakit, meninggal jangan datang tau', Abby Abadi luah rasa kecewa sempena ulang tahun ke-18 anak

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 17 SEPTEMBER — Pelakon popular, Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas memuat naik hantaran berbaur kekecewaan dan berkecil hati terhadap anak bongsunya, Maria Danisha Hakim, sempena ulang tahun kelahiran remaja berkenaan yang ke-18.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mengakui hatinya kini sudah 'hilang rasa' akibat tindakan anak-anak yang didakwa mudah melupakan pengorbanan telah dilakukan olehnya selama ini.

Menurut Abby, beliau telah membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh, selain menyediakan segala kemudahan terbaik meskipun hidup dalam keadaan serba sederhana. 

Beliau turut menyuarakan rasa terkilan apabila pengorbanan suaminya yang turut menyara dan menjaga kebajikan anak-anak selama hampir 12 tahun seolah-olah tidak dihargai.

Dalam hantaran sama, Abby turut mengimbas kembali dugaan berat dilaluinya sewaktu mengandungkan anak bongsunya itu, termasuk kesulitan rumah tangga yang akhirnya membawa kepada perceraian dengan bekas suaminya, Norman Hakim. 

Beliau menegaskan perkongsian itu dibuat bukan untuk mengungkit, sebaliknya meluahkan rasa ketidakpuasan hati yang terbuku sekian lama.

Lebih mengejutkan, pelakon drama Gerak Khas itu turut meninggalkan pesanan penuh emosi apabila meminta anak-anaknya untuk tidak hadir sekiranya beliau atau suaminya jatuh sakit mahupun meninggal dunia kelak. 

Abby mengakhiri perkongsian tersebut dengan meminta anak bongsunya meneruskan kehidupan sendiri serta memohon maaf kerana merasakan dirinya gagal menjadi ibu yang terbaik.

+ - reset