Berita Hiburan
'Bagai bapa dan anak' Bella Astillah lawat Tun M, ambil nasihat sebelum bergelar isteri Syed Saddiq
KUALA LUMPUR 20 JULAI - Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa teruja selepas berpeluang bertemu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Menerusi perkongsian di media sosial, Bella berkata, mereka turut menerima nasihat yang sangat bermakna daripada negarawan tersebut mengenai cara membina rumah tangga yang bahagia dan berkekalan.
"Alhamdulillah, dapat berjumpa Tun Dr. Mahathir. Terima kasih atas nasihat yang sangat bernilai buat kami berdua tentang membina rumahtangga yang bahagia dan berkekalan."
Bella turut menjadikan hubungan Tun Dr. Mahathir dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang sudah bersama selama 70 tahun sebagai inspirasi dalam menempuh kehidupan berumah tangga kelak.
"Tun M dan Tun Hasmah dah 70 tahun bersama MashaAllah, semoga menjadi bekalan sepanjang perjalanan hidup kami amiin yra"
Dalam masa sama, Bella mengakui dirinya berasa sangat gementar dan teruja ketika bersemuka dengan Tun Dr. Mahathir kerana sudah mengagumi beliau sejak kecil.
Malah, penyanyi itu menyamakan perasaannya ketika pertemuan tersebut dengan pengalaman bertemu dua selebriti terkenal, Lee Min Ho dan Afgan.
"P/s: Tak sangka boleh star struck teruk. Perasaan bella tadi sama macam masa jumpa Lee Min Ho dan Afgan I’ve adored him since I was little. Meeting him in person felt surreal thank you @syedsaddiq"
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
