Berita Hiburan
'Macam mana info peribadi saya awak boleh tahu?',Fattah Amin berang fitnah melampau
KUALA LUMPUR 27 JULAI - Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa terkilan apabila terdapat pihak yang didakwa menyebarkan fitnah serta naratif tidak berasas berkaitan kehidupan peribadinya.
Menurut Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, beberapa perkara yang dibangkitkan oleh sebuah akaun media sosial bernama ‘Musang Berjanggut’ disifatkan sudah semakin melampau.
“Saya serius tak nak kisah atas benda-benda remeh dan fitnah yang selama ini telah awak cipta. Tapi rasanya naratif yang digunakan, fitnah yang diada-adakan ini dah semakin melampau,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fattah turut mempersoalkan bagaimana maklumat peribadi melibatkan dirinya dan bekas isteri boleh diketahui oleh pihak luar.
Menurutnya, sebarang urusan antara pihak sekolah dan ibu bapa seharusnya kekal bersifat peribadi serta tidak wajar didedahkan kepada umum.
“Tentang yuran yang tertangguh, sila periksa dengan pihak sekolah Fatima sekarang tentang yuran tersebut. Nampak gaya awak seperti ada akses tentang semua personal yang melibatkan saya dan bekas isteri.
“Jadi bagaimana info-info dalaman seperti ini diketahui oleh awak?Bukankah ianya adalah P&C di antara pihak sekolah dan parents?,” soalnya.
Menerusi hantaran sama, Fattah turut mendakwa bahawa dia sudah lama membuat laporan terhadap akaun tersebut kepada pihak berkuasa.
Katanya, laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibuat susulan dakwaan akaun berkenaan telah menyebarkan pelbagai perkara tidak benar sejak sekian lama.
“Saya dah lama report akaun awak ini pada PDRM dan SKMM sebab dah bertahun-tahun awak wujudkan fitnah-fitnah ini. Selebihnya yang lain-lain saya tak nak komen sebab anda semua boleh menilai bahasa dan kata-kata akaun Musang ini,” ujarnya.
Fattah turut menyeru orang ramai supaya menggunakan saluran yang betul sekiranya menemui akaun yang didakwa menyebarkan kandungan berunsur fitnah.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
