Berita Hiburan
Bella Astillah, Syed Saddiq timba nasihat rumah tangga daripada Tun M
KUALA LUMPUR 20 Julai — Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan bahawa beliau dan tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman berpeluang menerima nasihat serta petua rumah tangga daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bella, 32, menyifatkan sesi pertemuan peribadi bersama negarawan ulung berkenaan sebagai satu momen manis yang amat berharga buat mereka berdua dalam mempersiapkan diri menuju ke alam perkahwinan.
Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, pemilik nama penuh Dayang Nabellah Awang Astillah itu menzahirkan rasa kagum dan syukur atas ikhtibar kebahagiaan yang dikongsikan oleh Tun Mahathir yang telah melayari bahtera rumah tangga bersama Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali selama 70 tahun.
"Terima kasih atas nasihat yang sangat bernilai buat kami berdua tentang membina rumah tangga yang bahagia dan berkekalan. Tun M dan Tun Hasmah sudah 70 tahun bersama. Masya-Allah, semoga menjadi bekalan sepanjang perjalanan hidup kami," katanya.
Dalam pada itu, Bella turut mengakui berasa sangat teruja serta 'star struck' semasa berhadapan dengan tokoh kepimpinan negara berkenaan, dengan menyamakannya seperti perasaan sewaktu bertemu selebriti antarabangsa terkenal seperti Lee Min-ho dan Afgan.
Meskipun Bella tidak memperincikan tujuan utama perjumpaan tersebut, perkongsian foto berkenaan mencetuskan pelbagai spekulasi positif dalam kalangan pengikutnya yang mendakwa pertemuan itu diadakan bagi menyerahkan kad jemputan majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
