Berita Dunia
Guru maut, 4 cedera insiden tembakan di sekolah Thailand
BANG KRUAI 7 OGOS - Sekurang-kurangnya seorang guru terbunuh dan empat orang lagi cedera akibat tembakan seorang pelajar di sebuah sekolah di Thailand di utara Bangkok pada Jumaat, kata pihak berkuasa.
Leftenan Kolonel Dechrapee Kongdee Komander Polis Wilayah Nonthaburi mengesahkan jumlah korban kepada Reuters dan berkata, suspek lelaki bersenjata itu membunuh diri.
Antara yang cedera ialah seorang guru dan tiga pelajar, katanya.
Suspek dipercayai telah membunuh diri selepas melakukan perkara itu.
Insiden itu berlaku di daerah Bang Kruai di wilayah Nonthaburi.
Polis mengenal pasti pelaku sebagai seorang pelajar.
Dalam gambar yang diedarkan oleh petugas kecemasan, pelajar berpusu-pusu keluar dari Sekolah Debsirin Nonthaburi, di pinggir barat laut Bangkok, ketika ambulans beroperasi.
Pelajar-pelajar turut dilihat berbaring di atas pengusung di luar ambulans, manakala seorang lagi dirawat oleh seorang doktor.
Pada tahun akademik 2025, sekolah itu mempunyai pendaftaran sekitar 3,100 pelajar dan 147 guru, menurut pihak berkuasa daerah.
Februari lalu, seorang guru maut dan seorang pelajar cedera di daerah Hat Yai, selatan Thailand selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah sekolah.
Berita berkaitan
August 6, 2026, 11:38 am
Kera ekor panjang mengamuk, hampir 20 mangsa cedera parah akibat serangan
August 6, 2026, 10:14 am
Lelaki Malaysia ditahan seludup ganja, syabu RM1.2 juta di Woodlands
August 5, 2026, 4:09 pm
Bawa pekerja islam masuk gereja, tindakan majikan cetus pertikaian ramai
August 4, 2026, 6:07 pm
Ibu ikan lumba-lumba sedih usung bangkai anak ditemani kawan-kawan
July 31, 2026, 2:32 pm
Juruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta, cuba seludup 26kg dadah
July 31, 2026, 11:25 am
Kerajaan Sepanyol arah tentera kawal ratusan migran berenang dari Maghribi ke Ceuta
July 30, 2026, 11:53 am
CCTV rakam kucing kesan gempa bumi lebih awal di Jepun
July 29, 2026, 5:54 pm
Ahli politik Kanada dikecam lepas baca arahan AI masa sidang dewan
July 28, 2026, 6:23 pm
