TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Imigresen siasat kenderaan dipandu warga asing guna logo jabatan

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA, 9 Ogos — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memulakan siasatan berhubung tindakan seorang individu warga asing memandu sebuah kenderaan yang memaparkan logo rasmi jabatan berkenaan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban menegaskan bahawa hasil semakan awal mendapati kenderaan terbabit bukannya milik mahupun sebahagian daripada aset rasmi pihak JIM.

“JIM memandang serius penggunaan logo jabatan pada kenderaan tersebut kerana boleh menimbulkan kekeliruan dan salah tanggapan dalam kalangan masyarakat. Sehubungan itu, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang terlibat serta tujuan penggunaan logo JIM pada kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menambah bahawa tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa akan diambil terhadap mana-mana pihak sekiranya terbukti berlaku sebarang pelanggaran atau penyalahgunaan lambang rasmi kerajaan.

+ - reset