Berita Jenayah
Lelaki Bangladesh ditahan tetak rakan serumah di Cheras Baru
KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Perasaan tidak puas hati serta gagal mengawal kemarahan akibat perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang lelaki warga Bangladesh tergamak menetak rakan serumahnya di sebuah restoran di Taman Cheras Baru, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, mangsa yang berumur 36 tahun dan bekerja sebagai pembantu stor mengalami kecederaan akibat tetakan itu, namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil di Zon Kuning, Hospital Ampang.
Suspek yang berusia 30 tahun dan juga rakan sekerja mangsa berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D7) IPD Cheras di hadapan sebuah poliklinik di Jalan 16, Kampung Cheras Baru kira-kira jam 12 tengah malam.
"Siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati dan kegagalan mengawal kemarahan susulan perselisihan faham yang berlaku antara suspek dan mangsa. Siasatan turut mendapati kedua-dua lelaki terbabit telah tinggal bersama selama lima tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pihak polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Permohonan reman terhadap suspek dibariskan di hadapan Majistret bagi membantu siasatan lanjut.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
