TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Warga asing ditahan disyaki pukul, ugut penuntut tempatan di Sungai Besi

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki warga asing berusia lewat 39 tahun yang bekerja sebagai komposer selepas disyaki terlibat dalam kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah terhadap seorang penuntut tempatan di Sungai Besi.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sebuah unit kediaman di Razak City Residences kira-kira jam 1.51 pagi pada 26 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan berhubung menakutkan secara jenayah.

Suspek kini ditahan reman sehingga 10 Ogos 2026 bagi membantu siasatan sementara pihak polis melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

+ - reset