Berita Jenayah
Kes penemuan tulang manusia di Behor Mali diklasifikasi sebagai kes bunuh
KANGAR, 6 Ogos — Polis menemui satu lagi bungkusan guni berisi tulang dipercayai rangka manusia kira-kira 31.1 meter dari lokasi penemuan pertama di Behor Mali, semalam.
Bungkusan guni putih yang telah reput dan separuh tertimbus itu ditemui oleh seorang peniaga berusia 61 tahun sewaktu menebas semak di tanah rizab Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pada jam 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop memaklumkan pemeriksaaan turut menemukan sehelai seluar pendek, seluar dalam, dan seutas tali pinggang berhampiran lokasi kejadian.
Ekoran penemuan terbaharu itu, kes berkenaan serta penemuan awal pada 26 Julai lalu kini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semua barang kes telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk analisis patologi, manakala orang ramai yang kehilangan ahli keluarga digesa berhubung dengan Pegawai Penyiasat ASP Tengku Moh Farid Tengku Ibrahim di talian 019-9939200.
Berita berkaitan
September 17, 2026, 1:44 pm
Polis tahan wanita serang anggota guna pisau sewaktu tangkapan di Chan Sow Lin
September 14, 2026, 5:13 pm
Wanita Malaysia ditahan di Hong Kong cuba seludup putik ganja bernilai RM830,000
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
