TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Angkara hutang, mayat dibungkus jaring dicampak ke sungai

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU, 4 Ogos — Angkara isu hutang dipercayai menjadi motif utama pembunuhan kejam seorang lelaki yang ditemui mayatnya terikat, dibungkus, serta dililit dengan jaring sebelum dicampakkan ke dalam Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja, Batu Pahat.

Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Polis Hoo Chuan Huat berkata, mayat mangsa yang diikat tangan dan kakinya menggunakan pita pelekat serta mempunyai kesan kecederaan di pinggang dan lengan itu ditemui orang awam kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Siasatan mendapati mangsa merupakan individu yang dilaporkan hilang oleh isterinya di Mutiara Rini, Iskandar Puteri pada 29 Julai lalu, di mana identitinya telah disahkan oleh waris melalui barangan peribadi serta pakaian.

Susulan penemuan itu, pihak polis berjaya menangkap tiga lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 40 tahun di sekitar Batu Pahat pada hari yang sama bagi membantu siasatan.

Dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah serta dadah, dan kesemua mereka kini direman selama tujuh hari sehingga 10 Ogos ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

+ - reset