Berita Jenayah
Buat aksi 'superman' ke perhimpunan RXZ Members 8.0, penunggang Singapura ditahan
KUALA BERANG, 31 Julai — Padah melakukan aksi 'superman' ketika menunggang motosikal, seorang lelaki warga Singapura ditahan pihak polis sewaktu dalam perjalanan bagi menghadiri perhimpunan RXZ Members 8.0 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, suspek berusia 20-an yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ itu ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu di Kilometer 403 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) kira-kira jam 6 petang.
"Lelaki itu didapati melakukan aksi 'Superman' semasa menunggang motosikal dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.
"Siasatan mendapati lelaki berkenaan dalam perjalanan menghadiri perhimpunan RXZ Members 8.0 di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus," katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Pihak polis turut menasihati semua pengguna jalan raya, khususnya peserta program berkenaan, supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta mengamalkan pemanduan berhemah sepanjang perjalanan.
Berita berkaitan
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
Tukang urut wanita maut terjatuh ketika elak pemeriksaan
September 5, 2026, 12:48 pm
Polis tahan 4 remaja curi 2 motosikal ketika solat Jumaat di Rembau
September 3, 2026, 2:32 pm
