Berita Viral
'Rider Panda' ambil makanan lepas sangka rumah kosong
KUALA LUMPUR 19 OGOS - Tindakan seorang penghantar makanan mencuri bungkusan pelanggannya berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dikecam ramai.
Menurut Nrl Frd Hnn, makanan yang dibeli buat anaknya itu hilang selepas membuka pintu untuk mengambil di hadapan rumah.
Namun selepas memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV), terlihat seorang lelaki meneruni tangga dan mengambil makanan tersebut lalu membawanya pergi.
"Aku geram aku 'order' makan untuk anak aku, bila buka pintu makanan hilang. Tengok Food Panda ini ambil," katanya.
Menerusi di ruangan komen hantaran tersebut, penghantar makanan itu dipercayai telah meminta maaf sambil menyangka rumah tersebut kosong.
"Saya minta maaf sangat sebab ambil goreng pisang atas meja itu dan saya betul, tidak tahu yang itu Akak punya.
"Saya ingatkan rumah Akak itu kosong jadi saya ambil, saya minta maaf tak ada niat nak mencuri," kata penghantar makanan tersebut.
Dalam pada itu, rata-rata orang ramai menasihati wanita tersebut supaya membuat laporan rasmi kepada syarikat penghantar makanan berkenaan.
Berita berkaitan
August 20, 2026, 7:27 pm
Vincent Tan jadi rakyat Malaysia pertama naik kereta terbang tanpa pemandu
August 20, 2026, 4:58 pm
'Bawa anggota dan hak korang', lelaki kena halau sebab kacau tempat kerja Rohingya?
August 20, 2026, 12:42 pm
Tular video rompakan kedai emas di Klang?
August 20, 2026, 11:02 am
Anjing liar berteduh dalam kedai, orang ramai nasihat lelaki letak rasa ihsan pada makhluk lain
August 19, 2026, 7:19 pm
'Setiap kali pukul cuci tangan', wanita rakam jiran ketuk anak kucing di Perak
August 19, 2026, 5:08 pm
Klinik kesihatan kerajaan 'dikuasai' warga asing mula cetus kemarahan ramai
August 19, 2026, 12:28 pm
Pelancong Israel kena 'sound' balik dengan wanita Malaysia lepas tinggi suara di Vietnam
August 18, 2026, 5:38 pm
Pemandu dari Singapura tunjuk samseng pukul polis di Johor
August 18, 2026, 3:19 pm
