TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Anjing liar berteduh dalam kedai, orang ramai nasihat lelaki letak rasa ihsan pada makhluk lain

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 20 OGOS - Tular di media sosial perkongsian seorang lelaki berkongsi video sekumpulan anjing liar sedang berteduh dalam sebuah premis perniagaan pakaian di Bangi semalam.

Menurut Muhammad Asrulizam, anjing-anjing tersebut masuk ke dalam kedai dan bersantai sambil mempersoalkan apakah tindakan staf di premis tersebut.

"Kejadian hari ini di Bandar Baru Bangi. Macam mana anjing boleh masuk dalam kedai dan bersantai? Persoalannya dimanakah staf kedai itu berada ketika itu? Tolong geng, cuba komen pandang korang," katanya.

Namun begitu, padangan yang diterimanya ramai menasihati agar perkara tersebut tidak perlu menjadi isu utama.

"Ini bukan isu utama," kata seorang pengguna.

"Senang betul nak viral," tambah seorang lagi pengguna.

Manakala pengguna lain pula menasihati agar meletakkan rasa ihsan pada makhluk lain.

"Rasanya tak perlu jadikan isu pun, mungkin staf tak perasan. Lagi pun, kita boleh je masih menjaga hukum dan kebersihan, dalam masa yang sama tetap ada rasa ihsan pada makhluk ALLAH yang lain," ujarnya.

+ - reset