TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Setiap kali pukul cuci tangan', wanita rakam jiran ketuk anak kucing di Perak

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 19 OGOS - Tular di media sosial, seorang wanita berkongsi video jirannya yang dipercayai memukul seekor kucing di hadapan halaman rumahnya.

Menerusi perkongsian video Asfa Azura, lelaki itu dilihat berkali-kali memukul kucing tersebut dengan sebatang kayu.

"Setiap kali pukul dia cuci tangan, dia ingat dosa dia itu boleh hilang dengan cuci tangan sahaja," luah wanita itu.

Asfa turut berkongsi kejadian itu berlaku di kawasan Bandar Tasik Idaman, Batu Gajah, Perak.

Manakala dalam ruangan komen, rata-rata orang ramai memohon wanita itu membuat laporan polis sambil mengecam tindakan lelaki tersebut.

"Saya dah 'report' dekat syarikat dia biar HR semua tahu perangai dia macam mana pukul haiwan," kata seorang pengguna.

"Rakam untuk bukti itu bagus, tapi tak guna juga kalau anak kucing akhirnya mati," luah pengguna lain.

"Dah ada bukti, tolong laporkan kepada DVS. Tolonglah jangan berdiam diri, tolong buat laporan polis," ujar pengguna lain.

Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.

+ - reset