TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Pelancong Israel kena 'sound' balik dengan wanita Malaysia lepas tinggi suara di Vietnam

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 19 OGOS - Tular di media sosial seorang wanita meluahkan rasa geramnya terhadap pelancong daripada negara haram, Israel yang tidak mahu membayar servis mengambil gambar.

Insiden dipercayai berlaku di Vietnam itu dikongsikan oleh Bungaayda yang turut memarahi sikap pentingkan diri warga Israel yang mahu orang mengambil gambarnya secara percuma.

"Kau tengok negara haram ini, orang lain bayar mahal untuk 'photographer', kau tak nak bayar lepas tu sedap kau suruh orang lain ambilkan gambar.

"Orang tak nak ambil gambar marah-marah tinggikan suara, dekat mana-mana buat perangai.

"Tak nak bayar terima sahajalah staf itu ambil gambar buruk, dia sendiri tahu kita tak suka sebab dia dari negara haram," katanya.

Tambahnya lagi, pekerja di kawasan itu sudah mengambil gambarnya berulang kali tapi dia menolak kerana mahu lebih cantik dan profesional.

"Staf dah ambil beberapa video dan gambar perempuan ini, tapi dia tak puas hati. Kami dah cakap nak 'professional look' bayar jurugambar," jelasnya lagi.

Tindakan wanita itu mendapat pujian rata-rata orang ramai lebih-lebih lagi berani tampil bersuara disebabkan sifat pentingkan diri pelancong dari negara haram tersebut.

 

+ - reset