Berita Viral
Pemandu dari Singapura tunjuk samseng pukul polis di Johor
JOHOR BAHRU 18 OGOS - Satu insiden pertengkaran jalan raya dilaporkan berlaku di laluan menuju ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Tambak Johor.
Insiden yang berlaku sejurus selepas tengah malam pada 16 Ogos itu sempat dirakam oleh saksi kejadian sebelum rakaman berkenaan menjadi tular di platform media sosial.
Menurut saksi kejadian dikenali sebagai Aeric, 40, insiden tersebut berlaku kira-kira jam 12.08 tengah malam sewaktu beliau sedang beratur dalam aliran kenderaan yang menuju ke arah Woodlands Checkpoint.
Walaupun keadaan trafik pada waktu tersebut dilaporkan tidak sesak, pertengkaran serta pergelutan di tengah laluan itu menyebabkan gangguan sementara dan melambatkan pergerakan kenderaan lain yang cuba melalui kawasan berkenaan.
Berdasarkan rakaman video yang dikongsi, pertengkaran mulut antara pemandu terbabit dan anggota polis berkenaan bertambah tegang.
Keadaan menjadi tidak terkawal apabila anggota polis terbabit bertindak membaling topi keledar motosikalnya ke arah muka pemandu berkenaan.
Balingan tersebut terkena pada bahagian muka sebelum topi keledar terpelanting ke arah bertentangan, sekali gus menyebabkan pemandu itu terhuyung-hayang seketika.
Suasana semakin panas apabila pemandu itu bertindak membalas serangan dengan menolak dan menendang anggota polis berkenaan di tengah laluan awam.
Melihat situasi yang semakin berlarutan, seorang lagi anggota polis yang berada di lokasi kejadian terpaksa campur tangan bagi meleraikan pergaduhan serta mengawal keadaan agar tidak menjadi lebih parah.
Selepas pertengkaran berjaya ditenangkan, kedua-dua pihak dibawa kembali ke kawasan berhampiran kenderaan pemandu terbabit manakala anggota polis yang lain mengalihkan aliran lalu lintas ke lorong paling kanan untuk mengelakkan kesesakan berpanjangan.
Tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan oleh saksi di tempat kejadian dan punca sebenar yang mencetuskan provokasi awal antara kedua-dua pihak masih belum dapat dipastikan.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi mengenai sebarang penahanan, laporan polis atau tindakan tatatertib yang diambil terhadap pihak yang terlibat.
Berita berkaitan
August 19, 2026, 7:19 pm
'Setiap kali pukul cuci tangan', wanita rakam jiran ketuk anak kucing di Perak
August 19, 2026, 5:08 pm
Klinik kesihatan kerajaan 'dikuasai' warga asing mula cetus kemarahan ramai
August 19, 2026, 12:28 pm
Pelancong Israel kena 'sound' balik dengan wanita Malaysia lepas tinggi suara di Vietnam
August 18, 2026, 3:19 pm
Warga Rohingya bau arak dipercayai langgar pemandu e-Hailing sampai cedera
August 18, 2026, 12:36 pm
Budak Rohingya jerkah pemandu lepas tak bagi derma atas jalan raya
August 18, 2026, 10:55 am
Penat balik dari kerja, tayar kereta kena curi di kawasan parkir LRT3 Bukit Tinggi
August 17, 2026, 6:40 pm
Warga asing 'post' video kena tahan dalam trak polis di Ampang
August 17, 2026, 5:06 pm
Genting Highlands 'lock down', tular kedai emas dirompak
August 17, 2026, 2:57 pm
