TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Bawa anggota dan hak korang', lelaki kena halau sebab kacau tempat kerja Rohingya?

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 20 OGOS - Tular di media sosial seorang lelaki dihalau oleh individu lain selepas dipercayai bertanyakan beberapa soalan mengenai lambakan warga asing di kawasan Pasar Selayang baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video viral itu, kedua-dua mereka telibat dalam pertelingkahan mulut mengenai warga asing sebelum individu berbaju merah menghalau lelaki itu pergi.

Menurut individu berbaju merah itu, dia mencabar supaya lelaki tersebut membawa 'anggota' datang melakukan serbuan dan jangan mengganggu kawasan perkerjaan mereka. 

Melihat insiden video viral itu, rata-rata orang ramai mahukan pihak berkuasa masuk campur jika betul warga Rohinga dipercayai berkeliaran dan bekerja secara haram di kawasan tersebut.

"Kalau jenis borak tak duduk diam, angkat-angkat baju ini kari sahaja lebih. Esok anggota datang bersepah lari tak cukup tanah," kata seorang pengguna.

"Kenapa dia cakap Bahasa Melayu dia salah?, Aku rasa dia Rohingya! India Malaysia suku kata BM mereka tak macam ini," ujar pengguna lain.

"Siasat dulu, adakah mereka dapat permit atau lesen? Ambil bukti pergi buat laporan. Jangan suka-suka buat andaian," luah seorang pengguna.

+ - reset