Berita Viral
Video tular pembakaran hutan Indonesia cetus kemarahan penduduk Sarawak lepas alami jerebu teruk
KUALA LUMPUR 21 OGOS - Kebimbangan mengenai kemerosotan kualiti udara akibat jerebu rentas sempadan semakin meningkat berikutan penyebaran satu rakaman video tular di media sosial yang memaparkan aktiviti pembersihan tanah secara pembakaran terbuka di Kalimantan, Indonesia.
Melalui video berdurasi lapan saat itu, seorang wanita kelihatan merakam dirinya berhampiran kawasan lereng bukit dan tebing sungai yang sedang terbakar serta mengeluarkan asap tebal.
Wanita berkenaan menjelaskan bahawa pembakaran tersebut dilakukan bagi tujuan pertanian, iaitu persediaan awal sebelum aktiviti menanam padi ladang dijalankan.
Isu pembakaran terbuka di wilayah jiran itu timbul ketika Sarawak merekodkan tahap kualiti udara yang membimbangkan.
Berdasarkan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Azuri Azizah Saedon, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencecah bacaan 227 — iaitu berada pada tahap sangat tidak sihat sehingga jam 2 petang hari ini.
Selain Serian, sembilan lagi kawasan di Sarawak turut mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat. Sri Aman merekodkan bacaan kedua tertinggi iaitu 187, diikuti Kuching (176), Samarahan (175), Sarikei (174), Sibu (157), Bintulu dan Samalaju (154), serta Kapit dan Mukah (130).
Azizah memaklumkan kemerosotan kualiti udara di negeri itu dipengaruhi oleh pergerakan asap jerebu dari pelbagai arah.
Laporan terbaharu daripada Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) mengesahkan sebanyak 288 titik panas (hotspot) dikesan di Kalimantan dan 53 di Sumatera.
Sebagai perbandingan, hanya dua titik panas dikesan di Malaysia, masing-masing satu di Sarawak dan Terengganu.
Pihak berkuasa terus menggesa orang ramai agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka secara tempatan yang boleh memburukkan lagi keadaan jerebu sedia ada, sementara pemantauan rapi dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan terus diaktifkan bagi menangani situasi berkenaan.
Berita berkaitan
August 21, 2026, 8:26 pm
'Nak menjawab fitnah pada fitnah', lelaki dakwa Rohingya datang minta bantuan JKM Kulai
August 21, 2026, 6:18 pm
Lori 3 tan terbakar, trafik Semenyih-Kajang alami kesesakan teruk
August 21, 2026, 5:44 pm
Selepas Klang, kini kedai emas di Kuantan pula jadi mangsa rompakan bersenjata
August 21, 2026, 12:10 pm
'Dekat Palestin pun boleh masuk', wartawan dihalang buat liputan di Pasar Borong Selayang
August 20, 2026, 8:48 pm
Enjin pesawat Malaysia Airlines meletup sebelum berlepas di Jepun
August 20, 2026, 7:27 pm
Vincent Tan jadi rakyat Malaysia pertama naik kereta terbang tanpa pemandu
August 20, 2026, 4:58 pm
'Bawa anggota dan hak korang', lelaki kena halau sebab kacau tempat kerja Rohingya?
August 20, 2026, 12:42 pm
Tular video rompakan kedai emas di Klang?
August 20, 2026, 11:02 am
