Berita Viral
Enjin pesawat Malaysia Airlines meletup sebelum berlepas di Jepun
KUALA LUMPUR 20 OGOS - Sebuah pesawat Malaysia Airlines jenis Airbus A330-300 yang mengendalikan penerbangan MH89 ke Kuala Lumpur terpaksa membatalkan proses pelepasan di Lapangan Terbang Narita pagi tadi.
Kejadian berlaku sekitar jam 10:40 pagi di Landasan A apabila enjin sebelah kiri pesawat secara tiba-tiba mengeluarkan kepulan asap hitam pekat dari bahagian belakang sebaik sahaja ia memulakan pecutan di landasan.
Tindakan pantas anak kapal memberek dan membatalkan pelepasan berjaya mengelakkan kejadian yang lebih buruk.
Kesemua kira-kira 160 penumpang serta anak kapal di dalam pesawat berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan. Asap dilaporkan terhenti serta-merta selepas pelepasan dibatalkan.
Ekoran insiden tersebut, pihak berkuasa lapangan terbang menutup Landasan A selama beberapa jam bagi tujuan pemeriksaan keselamatan serta pembersihan serpihan komponen pesawat yang terpelanting di atas landasan.
Pasukan bomba dan penyelamat turut dikejarkan ke lokasi sebagai langkah berwaspada sebelum pesawat tersebut ditunda keluar dari landasan.
Sementara itu, operasi penerbangan di Landasan B diteruskan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.
Berdasarkan pemerhatian awal, insiden asap hitam secara mendadak itu memperlihatkan ciri-ciri klasik lonjakan pemampat atau 'compressor surge'.
Keadaan itu berlaku apabila sistem pemampat gagal mengekalkan tekanan, menyebabkan aliran udara berbalik secara tiba-tiba dan menghasilkan asap.
Dalam fasa pelepasan, gangguan aliran udara sedemikian lazimnya berpunca daripada kemasukan objek asing (FOD) atau pelanggaran burung.
Pesawat yang terlibat dalam insiden itu merupakan model Airbus A330-323 dengan nombor pendaftaran 9M-MTK, yang dikuasai oleh enjin jenis Pratt & Whitney PW4168A.
Berita berkaitan
August 20, 2026, 7:27 pm
Vincent Tan jadi rakyat Malaysia pertama naik kereta terbang tanpa pemandu
August 20, 2026, 4:58 pm
'Bawa anggota dan hak korang', lelaki kena halau sebab kacau tempat kerja Rohingya?
August 20, 2026, 12:42 pm
Tular video rompakan kedai emas di Klang?
August 20, 2026, 11:02 am
Anjing liar berteduh dalam kedai, orang ramai nasihat lelaki letak rasa ihsan pada makhluk lain
August 19, 2026, 9:17 pm
'Rider Panda' ambil makanan lepas sangka rumah kosong
August 19, 2026, 7:19 pm
'Setiap kali pukul cuci tangan', wanita rakam jiran ketuk anak kucing di Perak
August 19, 2026, 5:08 pm
Klinik kesihatan kerajaan 'dikuasai' warga asing mula cetus kemarahan ramai
August 19, 2026, 12:28 pm
Pelancong Israel kena 'sound' balik dengan wanita Malaysia lepas tinggi suara di Vietnam
August 18, 2026, 5:38 pm
