TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Nak menjawab fitnah pada fitnah', lelaki dakwa Rohingya datang minta bantuan JKM Kulai

By
|
Kongsi
image

KULAI 21 OGOS — Penularan video memperlihatkan kehadiran warga asing di agensi kerajaan terus menimbulkan persoalan dan keraguan dalam kalangan masyarakat tempatan.

Terbaharu, tular satu rakaman video yang dimuat naik oleh seorang lelaki di premis Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, Johor, yang mendakwa warga pelarian Rohingya kini cuba memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menerusi video berkenaan, lelaki tersebut mendakwa tindakan pemantauan itu dilakukan bagi "menjawab fitnah kepada fitnah" yang timbul sebelum ini berhubung isu warga asing membuat kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Hasil pemantauan di lokasi, lelaki itu menyatakan kebimbangannya apabila mendapati terdapat pelarian yang didakwa mempunyai pendapatan bulanan mencecah RM1,200 masih hadir untuk memohon bantuan daripada pihak JKM.

"Bagaimana mereka yang berstatus pelarian dan mempunyai gaji RM1,200 sebulan boleh hadir meminta bantuan di JKM? Sedangkan ramai anak muda tempatan yang terpaksa kais pagi makan pagi, ada yang membawa Grab dan tiada pekerjaan tetap," katanya menerusi rakaman tersebut.

 

+ - reset