TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Lori 3 tan terbakar, trafik Semenyih-Kajang alami kesesakan teruk

By
|
Kongsi
image

KAJANG 21 OGOS – Sebuah lori tiga tan musnah terbakar sehingga 98 peratus dalam satu kejadian di Lebuhraya LEKAS, berhampiran susur sebelum Plaza Tol Kajang menghala ke Seremban, petang ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 4.44 petang.

Susulan maklumat itu, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi digagaskan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 5.09 petang bagi memulakan operasi pemadaman.

Kebakaran berhampiran susur Kajang ke Semenyih itu turut mengakibatkan kepulan asap tebal serta letupan marak yang menyebabkan aliran trafik dari arah Kajang menuju ke Semenyih dan Seremban mengalami kesesakan teruk. 

Bagi mengawal keadaan dan keselamatan pengguna jalan raya, pihak polis serta peronda lebuhraya telah bertindak menghentikan sementara kenderaan berhampiran lokasi kejadian.

Insiden berkenaan dilapor tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan mangsa. 

Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

 

+ - reset