TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Ekonomi

Nazir Hussin letak jawatan Pengarah Eksekutif Kinergy Advancement

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 16 Nov. – Kinergy Advancement Bhd mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Eksekutifnya, Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin bagi memberi tumpuan kepada komitmen lain.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat berkenaan memaklumkan pihaknya telah menerima notis peletakan jawatan itu pada 13 November lalu.

Peletakan jawatan berkenaan berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Terdahulu pada 29 Oktober lalu, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan notis pengisytiharan harta kepada ahli perniagaan terbabit bersama abangnya, Datuk Mubarak Hussain pada 20 Oktober. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset