Berita Dunia
Pattani bergegar lagi, polis tahan dua suspek
KOTA BHARU, 25 Ogos – Pihak keselamatan Thailand menahan dua suspek susulan kejadian berbalas tembakan dan letupan di sebuah kedai serbaneka di Ban Ta Bae, daerah kecil Langa, daerah Mayo, Pattani, malam tadi.
Jurucakap keselamatan Thailand memaklumkan bahawa insiden berlaku kira-kira jam 8 malam (waktu tempatan) apabila sepasukan empat anggota polis yang sedang menjalankan rondaan mendapati empat individu mencurigakan sedang memaksa orang awam keluar dari kedai berkenaan.
Pasukan polis melepaskan tembakan amaran bagi melindungi keselamatan awam, sebelum tercetus tindakan berbalas tembakan yang merosakkan kenderaan perisai polis serta disusuli satu letupan di dalam premis terbabit.
"Kumpulan suspek bertindak melarikan diri, namun dua daripadanya berjaya ditahan di pos pemeriksaan berhampiran susulan penemuan kesan darah dan kelongsong peluru di tempat kejadian.
"Pemeriksaan ke atas telefon bimbit yang dirampas daripada suspek menemui maklumat serta laporan terperinci mengenai penempatan dan pergerakan pasukan keselamatan," katanya.
Pihak berkuasa Thailand kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti penglibatan langsung kedua-dua suspek dalam serangan berkenaan, di samping memburu individu lain yang dipercayai terbabit.
Insiden terbaharu di daerah Mayo itu berlaku kurang daripada 48 jam selepas 51 lokasi di tiga wilayah di selatan Thailand dilanda siri serangan keganasan terancang.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
