Berita Dunia
Thailand perketat penguatkuasaan trafik termasuk dari Malaysia
KANGAR, 25 Ogos – Rakyat Malaysia yang memandu kenderaan sendiri ke Thailand dinasihatkan supaya membawa lesen memandu asal dalam bentuk fizikal dan tidak bergantung sepenuhnya kepada lesen digital menerusi aplikasi MyJPJ bagi melepasi pemeriksaan pihak berkuasa negara berkenaan.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, langkah itu susulan tindakan penguatkuasaan ketat peraturan lalu lintas oleh pihak berkuasa Thailand yang menyaksikan beberapa pemandu warga Malaysia mengenakan saman atas pelbagai kesalahan dokumentasi serta jalan raya.
"Dokumen penting seperti pendaftaran kenderaan, perlindungan insurans serta dokumen berkaitan hendaklah sentiasa dibawa sepanjang perjalanan bagi memudahkan urusan pemeriksaan pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut memeringatkan pemandu dan penunggang kenderaan warga Malaysia supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas Thailand, termasuk mematuhi penggunaan tali pinggang keledar dan topi keledar sepanjang berada di negara jiran tersebut.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
