Berita Dunia
Spider-Man 'muay thai' individu anti orang islam
MINNEAPOLIS 24 OGOS - Seorang penunjuk perasaan yang mengenakan kostum Spider-Man menjadi tumpuan selepas rakaman video menunjukkan beliau memanjat ke atas kenderaan milik seorang aktivis anti-Islam, Jake Lang, sebelum memukulnya dikhalayak ramai.
Insiden itu berlaku ketika kekecohan tercetus di hadapan Balai Bandaraya Minneapolis pada Sabtu lalu.
Lang ditangkap selepas kenderaan yang dinaikinya memandu ke atas kaki lima di hadapan Balai Bandaraya Minneapolis dan menghala ke arah orang ramai, sambil mengangkat sepanduk besar yang tertera perkataan menghina kaum lain.
Lang tiba berhampiran Balai Bandaraya sekitar jam 11.50 pagi bersama enam orang lain menggunakan dua buah kenderaan.
Selepas penunjuk perasaan mengelilingi kenderaan tersebut, dia diusir keluar dari kawasan Balai Bandaraya.
Seorang lelaki berkostum Spider-Man turut kelihatan ditangkap di lokasi kejadian selepas dilihat melompat ke atas trak Lang dan cuba menyerangnya, namun tidak jelas siapa antara mereka yang ditangkap adalah "Spider-Man" tersebut.
Polis mengesahkan semua penumpang dalam dua kenderaan yang memandu ke arah orang ramai ditangkap atas sebab munasabah rusuhan dan kedua-dua kenderaan turut dirampas.
Lang, yang sebelum ini pernah mengancam untuk membakar Al-Quran di tangga Balai Bandaraya Minneapolis pada Januari lalu secara terbuka mengaku anti-Muslim.
Reaksi di media sosial turut tular selepas insiden ini, dengan ramai pengguna internet memuji lelaki berkostum Spider-Man tersebut dan bergurau mahukan dia dibebaskan, menggelarnya sebagai "wira" hari itu.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
