Berita Viral
Ikhtiar pelajar tahfiz laung azan di tengah laut, jasad mangsa lemas ditemui terapung
KOTA TINGGI 4 SEPTEMBER – Usaha dan ikhtiar sekumpulan pelajar tahfiz bersama guru mereka melaungkan azan di tengah laut akhirnya membuahkan hasil apabila jasad salah seorang mangsa lemas ditemui terapung berhampiran bot mereka di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar, pada Khamis lalu.
Guru Pendidikan Islam, Mohd Azroy Azhar berkata, beliau bersama rombongannya tiba di lokasi kejadian pada jam 11.45 pagi sebelum memohon kebenaran daripada keluarga mangsa untuk melaungkan azan di pesisir pantai.
Beliau kemudiannya mencadangkan agar laungan azan dilakukan di tengah laut dan mendapat bantuan seorang pengendali bot untuk membawa mereka ke kawasan pencarian.
"Kami melaungkan azan sebanyak tujuh kali di tengah laut. Keadaan memang mencabar sebab air pasang dan angin kuat. Seorang mudir dan dua pelajar muntah, namun kami tetap meneruskan laungan azan serta mengalunkan selawat tafrijiyyah. Selepas azan kedua, jasad itu dijumpai terapung," katanya.
Penemuan jasad Muhamad Thaqif Rayyan Rumainoor, 16, itu merupakan sebahagian daripada insiden tragis yang menimpa enam remaja berusia 16 tahun di pantai berkenaan.
Dalam kejadian tersebut, dua mangsa disahkan meninggal dunia, manakala dua lagi iaitu Mohamad Faqrul Isqandar Abdullah dan Muhammad Afiq Ruzaini Mazlan berjaya diselamatkan oleh orang awam.
Sementara itu, dua lagi mangsa iaitu Muhammad Adib Hafiy dan Mohamad Haiman Fitri Supian masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dijalankan.
Mengulas mengenai pengalamannya, Mohd Azroy mengakui itu merupakan kali pertama beliau melaungkan azan di tengah laut sebagai usaha membantu operasi SAR.
Beliau bersama kumpulan tahfiz berkenaan bercadang untuk kembali ke lokasi kejadian bagi meneruskan ikhtiar yang sama.
"Kita teruskan ikhtiar selagi boleh dan diharapkan ahli keluarga bersabar, sentiasa solat serta berdoa memohon urusan dimudahkan," katanya lagi
Berita berkaitan
September 4, 2026, 10:42 am
Detik cemas sekeluarga dihimpit kereta di AKLEH, kes dibawa ke pihak polis
September 3, 2026, 2:20 pm
Penumpang kecewa lepas nampak bagasi dihempas walau ada 'sticker fragile' di LTAPP
September 3, 2026, 1:36 pm
'Minah saleh' buat perangai 'cop parking', siap dakwa ada IC di KLCC
September 3, 2026, 12:15 pm
'Orang tua cakap susah percaya', warga emas lapar duduk hospital tak makan dari pagi
September 3, 2026, 11:15 am
Tindakan pantas pemandu lori kawal kenderaan elak tragedi dipuji ramai
September 3, 2026, 10:49 am
Tular warga asing 'selamba' bina penempatan haram atas tanah rizab sungai di Selayang
September 3, 2026, 9:49 am
Tindakan curiga lelaki berdiri rapat dalam bas resahkan penumpang
September 2, 2026, 6:33 pm
'Sebab itu tak pernah habis', warga asing senyum-senyum keluar dari depot imigresen
September 2, 2026, 5:41 pm
