Berita Viral
Tuduh 'rider' curi pencuri, wanita dikecam lepas 'plot twist' penghantar makanan OKU pendengaran
KUALA LUMPUR 2 SEPTEMBER - Tindakan seorang wanita memuat naik hantaran berunsur amarah di media sosial berhubung tindakan seorang penghantar makanan yang didakwa membawa lari makanannya akhirnya memakan diri.
Ini selepas cerita sebenar di sebalik insiden berkenaan terbongkar.
Hantaran asal wanita berkenaan yang mempersoalkan tindakan penghantar makanan terbabit mengambil gambar pesanan di pondok pengawal sebelum beredar bersama makanan tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menurut dakwaannya, tindakan lelaki itu seolah-olah berniat jahat dan sengaja mahu menipu pelanggan.
Bagaimanapun, perkara itu berubah sepenuhnya apabila seorang pengguna media sosial lain tampil menjelaskan keadaan sebenar yang melibatkan penghantar makanan berkenaan.
Rupa-rupanya, lelaki tersebut merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalamai masalah pendengaran dan pertuturan (bisu dan pekak).
Menurut penjelasan itu, penghantar makanan berkenaan sebenarnya sudah meletakkan pesanan tersebut di atas meja yang disediakan di pondok pengawal.
Bagaimanapun, berlaku salah faham apabila pengawal keselamatan bertindak menegur atau memarahinya.
Oleh kerana masalah pendengaran yang dialaminya, lelaki itu tidak dapat memahami pertuturan pengawal keselamatan berkenaan.
Sebelum beredar, penghantar makanan itu didakwa sudah cuba menghubungi pelanggan berkenaan beberapa kali melalui panggilan telefon, namun tidak diangkat.
Ekoran rasa bingung dan tertekan selepas disuruh mengambil semula makanan tersebut oleh pengawal keselamatan, dia terpaksa membawa pulang pesanan berkenaan kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Isu tersebut menjadi semakin serius apabila lelaki terbabit dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung penularan hantaran berkenaan.
Malah, selepas hantaran tersebut tular, penghantar makanan itu secara bertanggungjawab telah datang semula ke lokasi kejadian untuk berjumpa dengan pengawal keselamatan terbabit bagi menyelesaikan salah faham yang berlaku, namun pengawal berkenaan tiada di situ.
Kejadian itu mencetuskan rasa bersalah dan simpati dalam kalangan warganet yang menyelar tindakan terburu-buru wanita berkenaan menghebohkan isu tersebut tanpa menyiasat terlebih dahulu.
Ramai menasihati orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya memuat naik kandungan yang boleh menjatuhkan maruah individu lain, terutamanya golongan OKU yang bertungkus-rumus mencari rezeki halal.
Berita berkaitan
September 3, 2026, 2:20 pm
Penumpang kecewa lepas nampak bagasi dihempas walau ada 'sticker fragile' di LTAPP
September 3, 2026, 1:36 pm
'Minah saleh' buat perangai 'cop parking', siap dakwa ada IC di KLCC
September 3, 2026, 12:15 pm
'Orang tua cakap susah percaya', warga emas lapar duduk hospital tak makan dari pagi
September 3, 2026, 11:15 am
Tindakan pantas pemandu lori kawal kenderaan elak tragedi dipuji ramai
September 3, 2026, 10:49 am
Tular warga asing 'selamba' bina penempatan haram atas tanah rizab sungai di Selayang
September 3, 2026, 9:49 am
Tindakan curiga lelaki berdiri rapat dalam bas resahkan penumpang
September 2, 2026, 6:33 pm
'Sebab itu tak pernah habis', warga asing senyum-senyum keluar dari depot imigresen
September 2, 2026, 3:43 pm
Bas ekspres terhuyung-hayang sebelum terbabas di lebuh raya
September 2, 2026, 1:41 pm
