Berita Viral
Tular warga asing 'selamba' bina penempatan haram atas tanah rizab sungai di Selayang
SELAYANG 3 SEPTEMBER – Pencerobohan tanah rizab sungai oleh warga asing terus menjadi isu hangat apabila sebuah penempatan haram terpencil ditemui di kawasan Sungai Batu, di sini, baru-baru ini.
Kewujudan perkampungan yang didakwa diduduki oleh pelarian etnik Rohingya serta warga Bangladesh itu terdedah selepas sekumpulan individu bersama badan bukan kerajaan (NGO) Surplus menyiasat lokasi berkenaan susulan aduan penduduk setempat.
Menerusi satu siaran langsung di media sosial yang tular, persekitaran penempatan yang terletak di kawasan semak belukar itu dilengkapi beberapa buah rumah haram, reban ayam, serta kawasan tanaman pisang dan keladi.
Penghuni terbabit turut dikesan membina bot buatan sendiri daripada tong plastik, selain dipercayai menjalankan aktiviti menjala ikan talapia di sungai berkenaan untuk dijual di pasar tempatan.
Seorang saksi yang hadir di lokasi, Zarif Syarafuddin Sufi, 24, memberitahu bahawa ketika kumpulannya tiba, semua penghuni dipercayai sudah melarikan diri ke dalam hutan selepas menyedari kehadiran orang luar.
Menurutnya, berpuluh-puluh ekor anjing yang dibela di situ bertindak sebagai sistem amaran awal atau 'loceng' pengesan.
Walaupun penempatan itu sudah kosong semasa serbuan dilakukan, terdapat bukti kukuh kediaman tersebut baru sahaja ditinggalkan, termasuk hidangan nasi dan lauk yang masih panas.
Selain itu, contengan dalam tulisan bahasa etnik Rohingya turut ditemui pada dinding bangunan, bersama penyambungan paip air secara haram.
Malah, kira-kira sembilan buah rumah lagi yang disyaki diduduki warga Bangladesh turut ditemui berhampiran kawasan bawah jambatan berdekatan.
Pendedahan ini dibuat bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat agar tidak membiarkan kawasan rizab negara diceroboh sewenang-wenangnya oleh warga asing tanpa mengira sama ada mereka memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) atau tidak.
Menjawab isu berkenaan, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Zakaria Shaaban menegaskan bahawa tindakan terhadap penempatan haram berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).
Bagaimanapun, pihak imigresen mengambil maklum mengenai isu tersebut dan akan berkoordinasi dengan agensi penguatkuasaan berkaitan bagi menjalankan pemeriksaan dokumen dan tindakan lanjut.
Berita berkaitan
September 3, 2026, 2:20 pm
Penumpang kecewa lepas nampak bagasi dihempas walau ada 'sticker fragile' di LTAPP
September 3, 2026, 1:36 pm
'Minah saleh' buat perangai 'cop parking', siap dakwa ada IC di KLCC
September 3, 2026, 12:15 pm
'Orang tua cakap susah percaya', warga emas lapar duduk hospital tak makan dari pagi
September 3, 2026, 11:15 am
Tindakan pantas pemandu lori kawal kenderaan elak tragedi dipuji ramai
September 3, 2026, 9:49 am
Tindakan curiga lelaki berdiri rapat dalam bas resahkan penumpang
September 2, 2026, 6:33 pm
'Sebab itu tak pernah habis', warga asing senyum-senyum keluar dari depot imigresen
September 2, 2026, 5:41 pm
Tuduh 'rider' curi pencuri, wanita dikecam lepas 'plot twist' penghantar makanan OKU pendengaran
September 2, 2026, 3:43 pm
Bas ekspres terhuyung-hayang sebelum terbabas di lebuh raya
September 2, 2026, 1:41 pm
