TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Minah saleh' buat perangai 'cop parking', siap dakwa ada IC di KLCC

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 3 SEPTEMBER – Satu insiden ketegangan membabitkan isu 'cop' parkir mencetuskan rasa kurang senang orang ramai apabila dua warga asing berdegil mempertahankan ruang parkir di KLCC, baru-baru ini.

Kejadian yang tular di media sosial itu memaparkan tindakan dua individu berkenaan yang berdiri di petak parkir bagi menghalang kenderaan lain daripada masuk. 

Menurut saksi di lokasi, tindakan tidak bertanggunjawab itu menyebabkan sebuah kereta jenis Mercedes yang berada di situ terpaksa beredar selepas mereka enggan berganjak.

Lebih mengejutkan, apabila ditegur secara baik oleh orang ramai supaya mematuhi peraturan parkir yang ditetapkan, pasangan warga asing tersebut bukan sahaja menunjukkan sikap biadap, malah membuat dakwaan bahawa mereka dilahirkan di negara ini serta memegang Kad Pengenalan Malaysia (IC).

Saksi yang merakam kejadian meluahkan rasa terkilan dengan perlakuan biadap tersebut yang dilihat tidak menghormati undang-undang serta etika tempat awam di Malaysia. 

Beliau turut menggesa agar pengunjung, terutamanya warga asing, sentiasa bersikap sopan dan mematuhi peraturan setempat demi keselesaan bersama.

+ - reset