TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Orang tua cakap susah percaya', warga emas lapar duduk hospital tak makan dari pagi

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 3 SEPTEMBER - Satu hantaran video yang dikongsikan oleh @fixxfitness di media sosial baru-baru ini mencetuskan perbincangan tentang realiti kehidupan warga emas serta hubungan kekeluargaan.

Peristiwa itu bermula apabila @fixxfitness terserempak dengan seorang warga emas di unit kecemasan sebuah hospital yang sedang menunggu untuk dimasukkan ke wad. 

Wanita tua itu meluahkan rasa lapar kerana belum menjamah makanan sejak pagi, lalu mendorong pemuda berkenaan membelikan bubur, air, roti dan biskut sebagai alas perut. 
Apabila ditanya mengenai latar belakang diri, warga emas yang menghidap sakit jantung itu mendakwa dia datang ke hospital berseorangan kerana anak-anak yang tinggal bersamanya tidak mahu menghantarnya.

Sungguhpun video berkenaan dirakam secara spontan oleh rakan pemuda itu dan menimbulkan rasa sebak, ruangan komen hantaran tersebut dihujani pelbagai respons yang membuka sudut pandang berbeza. 
Beberapa pengguna media sosial tampil berkongsi pengalaman yang menunjukkan bahawa kata-kata sesetengah warga emas tidak boleh dipercayai tanpa usul periksa.

Seorang penjaga sepenuh masa dikenali sebagai @ozelin_oksel mendedahkan cabaran menjaga ibu bapanya apabila ibunya sendiri pernah menuduhnya melakukan kekerasan fizikal secara melampau. 

Pengalaman hampir serupa turut dikongsi oleh seorang jururawat, @nur_reen23, yang menceritakan kejadian seorang pesakit warga emas mengadu kepada anaknya bahawa dia tidak diberi makan, sedangkan jururawat tersebut baru sahaja menyuap makanan dan menyediakan minuman sehingga licin dimakan oleh pesakit berkenaan.

Sementara itu, @rumahjahitnaaila menjelaskan bahawa sesetengah warga emas terutamanya yang mengalami masalah demensia kerap mengalami perubahan tingkah laku seperti kanak-kanak dan cenderung mereka cerita. 

Hal ini menyebabkan ahli keluarga sering menjadi mangsa fitnah dan tanggapan buruk masyarakat luar.

+ - reset