Berita Viral
Penumpang kecewa lepas nampak bagasi dihempas walau ada 'sticker fragile' di LTAPP
BAYAN LEPAS 3 SEPTEMBER – Isu pengurusan bagasi penumpang di lapangan terbang menjadi bualan selepas tular satu rakaman video menunjukkan sikap sambil lewa pekerja semasa mengendalikan barangan penumpang.
Kejadian yang dipercayai berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu dikongsikan oleh seorang penumpang yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan petugas yang dilihat mencampak bagasi ke atas troli angkut.
Walaupun memahami situasi kerja yang mencabar dalam cuaca panas, penumpang berkenaan menegaskan bahawa perkara tersebut tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk merosakkan harta benda orang lain.
Menurut perkongsian pemilik akaun berkenaan, bagasi miliknya yang telah ditampal dengan pelekat peringatan khas tetap tidak dijaga.
Melalui rakaman video yang diambil dari dalam kabin pesawat, beberapa petugas dilihat memindahkan beg dari kawasan pemunggahan ke dalam troli secara kasar tanpa cermat.
Tindakan tersebut mendapat perhatian ramai yang turut meluahkan keprihatinan serta menggesa pihak pengurusan lapangan terbang dan penyedia perkhidmatan untuk mengambil tindakan tegas bagi memastikan kualiti perkhidmatan sentiasa terjaga.
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa lapangan terbang berkaitan insiden tersebut.
Berita berkaitan
September 3, 2026, 1:36 pm
'Minah saleh' buat perangai 'cop parking', siap dakwa ada IC di KLCC
September 3, 2026, 12:15 pm
'Orang tua cakap susah percaya', warga emas lapar duduk hospital tak makan dari pagi
September 3, 2026, 11:15 am
Tindakan pantas pemandu lori kawal kenderaan elak tragedi dipuji ramai
September 3, 2026, 10:49 am
Tular warga asing 'selamba' bina penempatan haram atas tanah rizab sungai di Selayang
September 3, 2026, 9:49 am
Tindakan curiga lelaki berdiri rapat dalam bas resahkan penumpang
September 2, 2026, 6:33 pm
'Sebab itu tak pernah habis', warga asing senyum-senyum keluar dari depot imigresen
September 2, 2026, 5:41 pm
Tuduh 'rider' curi pencuri, wanita dikecam lepas 'plot twist' penghantar makanan OKU pendengaran
September 2, 2026, 3:43 pm
Bas ekspres terhuyung-hayang sebelum terbabas di lebuh raya
September 2, 2026, 1:41 pm
