TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bilangan titik panas kekal tinggi di Indonesia, Malaysia berpotensi alami jerebu hingga esok

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 5 SEPTEMBER - Cuaca berjerebu dan jarak ketampakan rendah masih berpotensi berlaku di selatan Semenanjung, Sarawak dan Sabah, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, sehingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini berkata, ia berikutan bilangan titik panas kekal tinggi di Sumatera Selatan dan Kalimantan.

Menurut jabatan itu, jangkaan ini berdasarkan analisis terhadap model ramalan cuaca terkini, dengan Malaysia turut dijangka menerima pengaruh angin dari arah selatan sepanjang minggu ini.

“Merujuk kepada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), bilangan titik panas masih kekal tinggi di selatan Sumatera dan Kalimantan yang berpotensi mengakibatkan cuaca berjerebu dan jarak ketampakan rendah di selatan Semenanjung, Sarawak dan Sabah termasuk WP (Wilayah Persekutuan) Labuan dalam tempoh ramalan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

+ - reset