TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

175 warga asing ditahan Imigresen lepas disyaki guna PLKS palsu

By
|
Kongsi
image

IPOH 5 SEPTEMBER - Jabatan Imigresen (JIM) menahan 175 warga asing kerana disyaki menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu dalam serbuan Op Mahir, semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban berkata, majoriti ditahan ialah warga Bangladesh, Myanmar dan Vietnam dalam operasi sekitar Kanthan dan Bercham, di sini, bermula 7 petang dan berakhir sekitar 9 malam.

Zakaria berkata, penahanan itu susulan pemeriksaan terhadap 305 pekerja membabitkan kilang kayu dan kilang sarung tangan getah, serta sebuah medan selera yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Op Mahir turut menyiasat kemungkinan wujud sindiket pengeluaran PLKS palsu.

“Kemungkinan ada majikan tertentu menggunakan khidmat ejen yang mengeluarkan PLKS palsu, jadi kita akan buat siasatan lanjut untuk kita cari sindiket yang terbabit,” katanya pada sidang media di sini malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Zakaria berkata lima daripada 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah, Kelantan awal pagi 23 Ogos lalu, ditahan semula.

+ - reset