Berita Berita
Abdul Hadi dakwa isu rasuah dipilih-pilih untuk jatuhkan pihak lawan
KOTA BHARU 5 Sept – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa isu rasuah sering digunakan secara terpilih sebagai senjata politik apabila tindakan hanya dikenakan terhadap pihak lawan, manakala salah laku dalam kalangan sendiri tidak diberikan perhatian sewajarnya.
Beliau berkata, keadaan itu turut melibatkan kes membabitkan penerima rasuah, pemberi rasuah serta individu yang bertindak sebagai perantara dalam mengatur urusan berkenaan.
Abdul Hadi berkata, beliau tidak menafikan wujudnya kepincangan dalam pengurusan dana awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sememangnya amat dikesali.
Bagaimanapun, beliau menegaskan sebarang kesalahan perlu diselesaikan menerusi proses undang-undang dan dibawa ke mahkamah, bukannya dijadikan bahan perbicaraan terbuka di media atau pentas politik.
Beliau turut menyifatkan perkara seperti Laporan Akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji tidak sepatutnya dijadikan bahan kempen pilihan raya semata-mata untuk membentuk persepsi buruk terhadap pihak tertentu.
Dalam masa sama, Abdul Hadi mendakwa kedudukan Islam dan umatnya berada dalam keadaan paling berbahaya ketika berada di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Lebih membimbangkan, kedudukan Islam dan umatnya berada dalam keadaan paling berbahaya apabila berada dalam pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dikuasai oleh kumpulan bukan Islam dan menjadi ancaman kepada maqasid al-syari’ah.
“Tindakan bertujuan menolak kemudaratan yang besar hendaklah diutamakan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, di sini, semalam.
Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi berkata, pendekatan politik yang ditunjukkan Rasulullah SAW perlu dijadikan contoh, khususnya dalam membentuk politik berintegriti yang berteraskan kedaulatan undang-undang dan keadilan.
Katanya, prinsip itu turut menuntut supaya sebarang campur tangan berkepentingan dalam proses penguatkuasaan undang-undang ditolak.
Menyentuh mengenai hubungan antarabangsa, Abdul Hadi berkata kerajaan perlu mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati dan tegas dengan mengekalkan sikap berkecuali.
Menurutnya, Malaysia tidak seharusnya membenarkan rantau Asia Tenggara kembali menjadi medan pertembungan kuasa besar atau dijadikan kawasan proksi kepada mana-mana pihak.
“Kepentingan negara dan keselamatan rantau mesti menjadi pertimbangan utama dalam setiap keputusan dasar luar.
“Malaysia mesti mempunyai dasar luar yang berprinsip, bebas dan berdaulat tanpa menjadi alat kepada mana-mana kuasa besar dunia,” katanya.
Berita berkaitan
September 5, 2026, 12:51 pm
KLN teruskan usaha pengesanan, 55 warga Malaysia belum dapat dihubungi di Nepal
September 5, 2026, 11:37 am
'Kalau orang Islam tak tunggang agama, nak tunggang apa? Petai?' - Pemuda PAS Kedah
September 5, 2026, 10:52 am
11 anggota SMART berlepas ke Nepal, fokus cari rakyat Malaysia
September 5, 2026, 8:14 am
Bacaan IPU Serian bertambah baik, hujan lebat beri kelegaan di Kuching, Samarahan
September 5, 2026, 8:07 am
Tapak warisan UNESCO Jeti Chew terbakar di Pulau Pinang
September 4, 2026, 10:27 pm
'Jangan percaya ketum konon boleh jadi ubat, kesan sama macam dadah' - AADK
September 4, 2026, 10:06 pm
Hasrat 'kayuh' ke Thailand tak kesampaian, dua sahabat maut dirempuh kereta
September 4, 2026, 8:39 pm
Lelaki pekak dan bisu kelar leher kanak-kanak, bakar 4 nyawa gagal rayuan, hukuman ke tali gantung kekal
September 4, 2026, 7:05 pm
