Berita Berita
'Orang India tak selesa, tak suka' - Kumaresan Baby Kalidawson minta PAS henti label ‘kuil haram’
KOTA BHARU 5 Sept - Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) menggesa istilah ‘kuil haram’ tidak digunakan sewenang-wenangnya terhadap rumah ibadat yang berdepan isu berkaitan tanah atau kelulusan.
Ketua DHPP, Kumaresan Baby Kalidawson berkata, penggunaan label berkenaan menyebabkan masyarakat India berasa tidak selesa selain dikhuatiri mengguris perasaan mereka.
“Kita sering mendengar istilah ‘kuil haram’ digunakan apabila timbul isu berkaitan tanah atau status sesebuah kuil.
“Saya ingin tegaskan bahawa masyarakat India tidak selesa dan tidak suka apabila rumah ibadat mereka dilabel sebagai ‘kuil haram’,” katanya ketika berucap pada Muktamar Tahunan PAS ke-72 di Kota Bharu, hari ini.
Menurut beliau, sebarang isu berkaitan geran tanah, kelulusan, perancangan atau perundangan perlu diselesaikan menerusi proses yang adil dan berhemah.
“Jika terdapat masalah dari segi geran tanah, kelulusan, perancangan atau undang-undang, perkara ini perlu diselesaikan melalui proses yang adil dan berhemah.
“Bukan dengan memberikan label yang boleh mengguris perasaan sesuatu kaum,” katanya.
Sehubungan itu, Kumaresan menyeru kerajaan mencari penyelesaian lebih menyeluruh dan sistematik terhadap rumah ibadat yang berdepan masalah berkaitan status tanah.
Beliau turut mencadangkan pendekatan kerajaan Kedah dalam menangani isu rumah ibadat dijadikan sebagai contoh.
Bagaimanapun, Kumaresan tidak menjelaskan secara khusus pendekatan atau kes di Kedah yang dirujuk dalam ucapannya.
Berita berkaitan
September 5, 2026, 4:57 pm
DNA waris 55 rakyat Malaysia hilang di Nepal sudah diperoleh
September 5, 2026, 4:54 pm
175 warga asing ditahan Imigresen lepas disyaki guna PLKS palsu
September 5, 2026, 4:50 pm
Kerajaan pertimbang isytihar darurat jika IPU melepasi 400
September 5, 2026, 3:03 pm
Bilangan titik panas kekal tinggi di Indonesia, Malaysia berpotensi alami jerebu hingga esok
September 5, 2026, 12:51 pm
KLN teruskan usaha pengesanan, 55 warga Malaysia belum dapat dihubungi di Nepal
September 5, 2026, 12:13 pm
Abdul Hadi dakwa isu rasuah dipilih-pilih untuk jatuhkan pihak lawan
September 5, 2026, 11:37 am
'Kalau orang Islam tak tunggang agama, nak tunggang apa? Petai?' - Pemuda PAS Kedah
September 5, 2026, 10:52 am
11 anggota SMART berlepas ke Nepal, fokus cari rakyat Malaysia
September 5, 2026, 8:14 am
