Berita Sukan
Piala FA: Kuching City belasah KRW, mara ke suku akhir
KUALA LUMPUR 9 SEPTEMBER - Kuching City FC melangkah ke suku akhir Piala FA dengan bergaya apabila menewaskan Kelantan Red Warrior (KRW) FC 5-1 dalam aksi kedua pusingan 16 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, semalam.
Selepas terikat tanpa jaringan pada aksi pertama di Stadium Sultan Muhammad IV, 1 September lalu, Kuching City tampil dengan persembahan lebih garang dan berada di depan menerusi jaringan Wenzel Halls Dylan seawal minit kesembilan.
Skuad The Cats tidak menunggu terlalu lama untuk menggandakan kelebihan mereka apabila pemain kebangsaan, Safawi Rasid bijak menyudahkan hantaran Joao Pedro, 11 minit kemudian.
Kedudukan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak terus kukuh apabila mereka hanya memerlukan lapan minit selepas bersambung babak kedua untuk menjarakkan kedudukan hasil jaringan Ronald Ngah Wanja.
Meskipun ketinggalan tiga gol, namun ia tidak mematahkan semangat barisan pemain KRW untuk cuba bangkit dan usaha mereka berhasil apabila memperoleh gol menerusi Mazwan Che Mat pada minit ke-67.
Kebangkitan yang cuba dilakukan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim bagaimanapun tersentak selepas Kuching City dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-71 dan peluang itu disempurnakan Wanja.
Tidak cukup dengan itu, Kuching City terus menambah derita KRW apabila Kaishu Yamazaki menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru Ramadhan Saifullah Usman pada minit ke-80, sekali gus menutup malam gemilang The Cats.
Berita berkaitan
September 9, 2026, 12:27 pm
Basikal atlet 'ironman' Malaysia hilang, kali terakhir nampak di KLIA
September 9, 2026, 10:20 am
Piala FA: JDT ledak 10 gol tendang UM-Damansara keluar saingan
September 9, 2026, 10:14 am
Piala FA: Bumi Perlis saksi Star City mara ke suku akhir
September 9, 2026, 10:11 am
Piala FA: Gol jarak jauh bantu Kelantan City singkir Negeri Sembilan di Paroi
September 7, 2026, 11:25 am
Selangor bangkit kutip 3 mata ke atas Melaka sebelum wisel penamat ditiupkan
September 7, 2026, 9:49 am
Tunku Mahkota Ismail dinobat Pemain Terbaik JSCPT 2026
September 6, 2026, 9:42 am
Kuching City leburkan rekod tanpa kalah Sabah
September 6, 2026, 9:36 am
Terengganu, Penang buntu tanpa gol, kebangkitan dramatik Akhyar selamatkan Negeri Sembilan
September 5, 2026, 7:47 am
