Berita Sukan
Piala FA: Bumi Perlis saksi Star City mara ke suku akhir
KANGAR 9 SEPTEMBER - Star City FC (SCFC) melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA apabila menewaskan Kedah FA dengan keputusan 2-0 melalui agregat 4-2 pada aksi perlawanan pusingan 16 di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, semalam.
Kejayaan dilakar skuad kendalian Mehmet Durakovic pada saingan Piala FA kali ini adalah rekod terbaik selepas gagal melayakan diri ke peringkat suku akhir apabila tewas kepada Terengganu FC (TFC) dengan agregat 2-4 pada musim lalu.
Dalam kehangatan Kedah FA mencari gol awal melalui penyerangnya Raymond Mbugua, Star City FC mengejutkan pasukan lawan dengan gol pembukaan Pedro Henrique pada minit ke-15 untuk menewaskan penjaga gol Kedah V Rajendran.
Star City yang bersemangat selepas mendahului perlawanan meneruskan rentak serangan dengan peluang terbaik menambah gol melalui penyerangnya Henrique, Douglas Oliveira dan Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob namun gagal menemui penyudah berkesan hingga ke hujung babak pertama.
Kegagalan Kedah FA mencari penyudah untuk menyamakan kedudukan di awal babak kedua, membuka ruang untuk Star City muncul dengan jaringan kedua pada minit ke-57 melalui tandukan penyerang Douglas Oliveira hasil sepakan sudut Engku Nur Shakir.
Kedah FA cuba bangkit dengan beberapa serangan dari gerakan sayap oleh Nabil Ahmad Latpi dan juga peluang sepakan percuma oleh pemain pertahanan Anthony Arthur pada minit ke-83, namun masih gagal membolosi gawang tuan rumah.
Kedudukan 2-0 itu kekal hingga ke minit terakhir perlawanan dengan menyaksikan Star City FC melangkah ke saingan suku akhir buat pertama kali sejak menyertai Liga Malaysia (Liga M).
Berita berkaitan
September 9, 2026, 12:27 pm
Basikal atlet 'ironman' Malaysia hilang, kali terakhir nampak di KLIA
September 9, 2026, 10:20 am
Piala FA: JDT ledak 10 gol tendang UM-Damansara keluar saingan
September 9, 2026, 10:11 am
Piala FA: Gol jarak jauh bantu Kelantan City singkir Negeri Sembilan di Paroi
September 9, 2026, 9:57 am
Piala FA: Kuching City belasah KRW, mara ke suku akhir
September 7, 2026, 11:25 am
Selangor bangkit kutip 3 mata ke atas Melaka sebelum wisel penamat ditiupkan
September 7, 2026, 9:49 am
Tunku Mahkota Ismail dinobat Pemain Terbaik JSCPT 2026
September 6, 2026, 9:42 am
Kuching City leburkan rekod tanpa kalah Sabah
September 6, 2026, 9:36 am
Terengganu, Penang buntu tanpa gol, kebangkitan dramatik Akhyar selamatkan Negeri Sembilan
September 5, 2026, 7:47 am
