TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Basikal atlet 'ironman' Malaysia hilang, kali terakhir nampak di KLIA

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 9 SEPTEMBER - Impian seorang atlet triathlon negara untuk beraksi pada kejohanan Ironman berdepan jalan buntu selepas basikal kesayangannya dilaporkan hilang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Kejadian yang menimpa atlet berkenaan mula tular di media sosial menerusi satu perkongsian video berdurasi singkat yang dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok dikenali sebagai Aina Chan.

Menerusi muat naik berkenaan, pemilik akaun memaparkan basikal lumba jenis time-trial khusus untuk acara triathlon yang diletakkan di dalam kotak perlindungan khas, sebelum ia didapati tiada di lokasi pengumpulan bagasi.

Aina Chan menerusi ruang kapsyen video berkenaan menyuarakan kebimbangan dan kesedihannya dengan menulis Praying, mengundang simpati daripada netizen yang berharap peralatan penting tersebut dapat ditemui semula dengan secepat mungkin.

Difahamkan, basikal jenis berprestasi tinggi itu merupakan peralatan utama yang sangat penting bagi seorang atlet Ironman untuk melengkapkan disiplin kayuhan jarak jauh beratus-ratus kilometer dalam kejohanan ekstrem berkenaan.

Setakat ini, hantaran tersebut telah meraih puluhan ribu tontonan dengan pelbagai ulasan daripada pengikut yang menggesa pihak berkuasa dan pengurusan lapangan terbang membuat semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi merungkaikan kejadian sebenar.

 

+ - reset