Berita Berita
Pemuda PAS, Pemuda UMNO rancang perhimpunan usung perpaduan ummah
KUALA LUMPUR, 10 September – Dewan Pemuda PAS dan Pergerakan Pemuda UMNO merancang untuk mengadakan satu himpunan serta pelbagai aktiviti bersama dalam usaha memperkukuh penyatuan ummah secara berterusan.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan perbincangan susulan bersama Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh bagi merangka pengisian program terbabit.
Beliau menyambut baik ucapan dasar Dr. Akmal yang menyahut seruan penyatuan itu ketika ditemui media selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
Kehadiran delegasi Pemuda PAS ke perhimpunan berkenaan merupakan kunjungan balas selepas delegasi Pemuda UMNO menghadiri Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Ke-67 di Kota Bharu pada 3 September lalu.
Afnan Hamimi turut menzahirkan penghargaan atas ketegasan Pemuda UMNO yang kekal bersikap tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) demi mempertahankan prinsip parti.
Berita berkaitan
September 10, 2026, 5:42 pm
‘PH sendiri yang buat UMNO pilih kuasa atau prinsip’ – Akmal Saleh
September 10, 2026, 5:28 pm
SPRM sahkan bekas menteri bakal didakwa Isnin depan berkaitan Tabung Haji
September 10, 2026, 5:05 pm
'Ada benda DAP tak puas hati...' - Kian Ming dedah punca sebenar keluar DAP
September 10, 2026, 4:29 pm
Petani maut ditembak di hadapan rumah sewa anak di Banting
September 10, 2026, 4:25 pm
Lelaki warga asing ditahan calarkan tujuh kenderaan di parkir TRX
September 10, 2026, 4:19 pm
KKM tangguh sementara operasi perkhidmatan doktor udara
September 10, 2026, 4:12 pm
Pemuda UMNO selar sikap hipokrit PH isu kuasa pengampunan Agong
September 10, 2026, 3:59 pm
Ahmad Zahid serah nasib Najib Razak kepada kebijaksanaan YDPA
September 10, 2026, 3:55 pm
