Berita Berita
SPRM sahkan bekas menteri bakal didakwa Isnin depan berkaitan Tabung Haji
PUTRAJAYA 10 Sept – Seorang bekas menteri bakal berdepan tiga pertuduhan di mahkamah pada 14 September ini berhubung siasatan berkaitan Tabung Haji (TH).
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abd Halim Aman berkata, pihaknya sudah mendapat keizinan Peguam Negara untuk mengemukakan pertuduhan terhadap bekas menteri berkenaan.
Menurutnya, pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
“Pihak kami mengesyorkan sebanyak tiga pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menggunakan harta dengan curang,” katanya kepada pemberita dalam sesi wawancara di ibu pejabat SPRM.
TH kembali menjadi perhatian susulan penerbitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi lembaga itu yang mendedahkan pelbagai penemuan berkaitan kelemahan pengurusan dan operasi institusi berkenaan bagi tempoh 2014 hingga 2020.
Antara dapatan utama RCI ialah kelemahan tadbir urus, termasuk campur tangan politik dalam pengurusan serta pengagihan keuntungan tanpa mengambil kira kesan rosot nilai dan kejatuhan nilai saksama pelaburan.
Berita berkaitan
September 10, 2026, 5:42 pm
‘PH sendiri yang buat UMNO pilih kuasa atau prinsip’ – Akmal Saleh
September 10, 2026, 5:05 pm
'Ada benda DAP tak puas hati...' - Kian Ming dedah punca sebenar keluar DAP
September 10, 2026, 4:29 pm
Petani maut ditembak di hadapan rumah sewa anak di Banting
September 10, 2026, 4:25 pm
Lelaki warga asing ditahan calarkan tujuh kenderaan di parkir TRX
September 10, 2026, 4:19 pm
KKM tangguh sementara operasi perkhidmatan doktor udara
September 10, 2026, 4:12 pm
Pemuda UMNO selar sikap hipokrit PH isu kuasa pengampunan Agong
September 10, 2026, 4:06 pm
Pemuda PAS, Pemuda UMNO rancang perhimpunan usung perpaduan ummah
September 10, 2026, 3:59 pm
Ahmad Zahid serah nasib Najib Razak kepada kebijaksanaan YDPA
September 10, 2026, 3:55 pm
